Sunday 23 June 2013

ameera yasmin is sweet baby

 Name  dia ameera yasmin.
UMur 4 tahun.memang dari kecil dye famili aku yg bg kasih sayang.
Sejarah hidup dia sangat panjang mungkin juge mendatangkan risiko bila dia dah dewasa nanti...

Kami semua panggil dia "baby".ye..dia memang baby yg nakal, cerdik, manja.baby ni memanggil aku "mama".(aku masih bujang lagi tau) hehe..dia keliru sapa mama dia.
Alkisahnya, mama kandung dia menjual baby ni semasa dia berumur 2bulan lagi.erm..tak tau sebab apa, mugkin masaalah kewangan.mak angkatnya pun memberi kepada ibu ku untuk mnjaganya (baby siter).cukup time amik laaa baby ni.
Kalau nak tau aku la yang paling rapat ngan dia.soo that why dia panggil aku mama.aku xkesah sabab aku sayang baby ni.apa nak semua dapat.sehari xjumpa dia aku rase rindu yang teramat sangat.kenapalah mak kandung dia x jage anak dia ni.mama angkat dia sibuk ngan bisnes sendiri sampai mengabaikan baby.aku dan famili dengan rasa simpati jage la baby ni dengan penuh kasih sayang.
Yang belakang baby tu is my lover.baby panggil dia "papa"!!! ALahye belum kawin lagi dah panggil ade anak panggil papa mama..beruntungnya sebab dari sekarang boleh rase ade anak.i luv you baby!!! Papa sayang juge kat baby ni.kalau g dating mesti bawak baby.aduh haiii...line xclear nak romantik.tapi okey juga syaitan pun xganggu.
Hari minggu mesti bawa dia gi jalan-jalan setidak nya pun taman permainan.tu dia ngah merajok la tu sebab buaian penuh budak-budak main."sabar eh sayang tunggu turn".
Nak g tengok wayang pun bawak dia tau...huhu..ade ciri-ciri keibuan x aku ni???
Ape nak wat kalau seminggu x jumpa kami berdua akan demam..rindu sangat...
Muuuaaah..mama sayang baby tau.apa laa nasib aku kalau baby dah dewasa nanty.mungkin ke dia dah xanggap aku mama dia lagi mungkin juga dia anggap aku tempat dia bermanja dan kasih sayang.ada seribu mungkin.mama harap baby jadi anak yang solehah bila dewasa nanty.amin ya rabbal alamin.

Muhasabah diri kan lebih baik =)

#saat orang lain berbicara buruk mengenai kita
Padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka,
Itu adalah tanda bahawa kehidupan kita sebenarnya lebih indah daripada mereka.

Abdul rusli salakin

Dah berapa kali aku hidup atas sampah-sampah serpihan keluh kesah yang paling acap kali aku dengar ..
Cuma mungkin- -
Tiap-tiap satu dari kepayahan hidup yg aku lalui ada hikmahnya.
Bukan lahir hidupku terus pasang baju mahal di badan.bukan tas tangan sembonia yg aku jinjit.
Tuhan beri aku cukup segalanya, kurangnya tidak.kurniakan aku sepasang ibu-ayah yg tiada tolak tambah kurangnya.famili yg kesempurnaanya lebih mahal dari batu permata di bwh laut.
Beberapa tahun lalu, muncul seorang lagi pari-pari lelaki yang hinggap di hati.
Terima kasih tuhan atas tiap-tiap makhluk yang kau pertanggungjawabkan untuk memenuhi ruang hidupku.

HIdupku berliku pancaroba--
Pelbagai plot yg dikarang tuhan untuk menyedapkan lagi jalan cerita ranjau naik bangun terjunam hidup aku.
Sampai di kemuncaknya, aku dan dia masih teguh dan utuh.baru-baru ini terjumpa lagi mayat hitam memegang pisau tajam kepunyaan dirinya sendiri.dia datang dari arah belakang cuba untuk membunuh aku.
Tapi, tuhan x izinkan.menang lagi aku di medan taruh ini.

Untuk saki baki kasih cinta sayang yang telah aku pupuk, aku masih lagi belajar untuk menyemai.walau apa pun definisinya,rasa cinta ini masih lagi aku hidu.walau dalam keadaan merangkak sekalipun, aku perlukan rasa kasih sayang ini.tidak pernah terkurang tapi berlebih-lebih.

Terima kasih kepada tuhan yang satu, famili yang paling sempurna di dalam dunia hingga ke syurga, titipkan juga penghargaan aku pada kedua dua belah mak bapak di sebelah sana, terima kasih kerana melahirkan anak lelaki mu itu, sebagai hero-masa-depan-aku.
Dengan izin kau.

I luv you soo much b..=)

Saturday 22 June 2013

aKhirNya...=)

holla..
nama saya nazzierah..can call me ila,lala,ira,zizy ape pun bolehh..
hobi saya membaca dan menulis..
sooo..terbitlaaa blog "ieyla in d house ni"...
zaman it ni dah xpyh menulis dlm buku,sekarng gune hujung jari je..

lebih2 lagi saya ni skema..masih lagi mendalami blog ni..
harAp dapat sokongan dary kawan2 blogger!!!